Akibat daripada cuaca yang teramat sejuk, coretan pada kali ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu. Ini kerana penulis menyedari bahawa penulis tidak tahan sejuk dan sedar diri ini orang Melayu sejati (biarpun mungkin mempunyai darah campuran kaum lain).. hehe...
Sudah dua helai baju panas yang tebal -tebal dipakai oleh penulis, tetapi tangan ini rasa seperti sudah sejukbeku. Pemanas yang dibeli pada awal musim panas tetapi masa inilah besi buruk ni nak rosak. Maka, penulis bersama dua anak kecilnya (Pahlawan dan Puteri) sama - sama kesejukan. Maklumlah penulis tidak pernah/jarang ke luar negara lebih-lebih lagi di musim sejuk (dan tanpa pemanas). Penulis rasa seolah - olah dada penulis teramat sejuk bagaikan ais. Tolong...tolong!!! Kalaulah makan aiskrim pada ketika ini (biar diberi percuma Haagen Dazs, Baskin Robbin, Swensen, Icy Ice, Mocha chillers, Cornetto sekalipun), itu bunuh diri namanya!
Tergelak teringat kembali cita - cita penulis ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di Canada, Ithaca,US (Cornell), UK, mahupun NZ. Tempat -tempat yang disebutkan tadi sudah tentu jauh lebih sejuk daripada apa yang penulis alami kini. Nampak sangatlah Allah lebih mengetahui tahap tahan sejuk diri penulis :).............
Sejuk..sejuk..sejuk.. itu sahaja yang bermain di ruang minda pada ketika ini. Anak - anak kelihatan begitu riang gembira bermain - main bersama - sama tanpa menyedari bahawa keadaan persekitaran terlalu sejuk. Penulis baru sahaja baik asma semalam kerana malam tadi amatlah sejuk, dan pagi ini, kesejukan yang dialami masih tidak kurang - kurang. Oh, di manakah dikau sang suami? Mahu dipeluk sahaja supaya dapat memanaskan badan... Sayangnya dia di pejabat (dan dengan penuh rasa cemburunya penulis ingin menambah di sini bahawa di pejabatnya ada alat pemanas..hmmf!). Sedang si sang suami disaluti haba panas di pejabat, penulis dan dua anak kecilnya sudah hampir mencecah takat beku (mungkin hanya penulis sahaja sebab Pahlawan dan Puteri kelihatan cukup selesa dan bersahaja. Hmm.. Melayu murtadkah mereka?).
Oh Malaysia..aku rindukan cuaca panasmu.... Selain keluargaku, sahabat - handaiku dan makananmu yang lazat, halal dan sedap - sedap belaka, cuaca panasmu kini menjadi impian hati bekuku.
Ada sesiapa yang ada cadangan apa yang perlu si penulis lakukan untuk memanaskan badan? Sila warwarkan kepada penulis sebelum penulis menjadi beku. Oh musim sejuk, aku belum bersiap sedia lagi untuk bertemu sua denganmu. Tidak!!!!!!
Jaga diri!

13 comments:
teratur sungguh bahasamu! masih belum berkarat walau bermastautin di negeri orang putih.
saya sangat suka dengan perkataan "pahlawan" dan "puteri"!!
anyway, would it look too odd to wear jacket and gloves at home??..cos i takyah gi jejauh, my ofis pon dah sejuk cam kat scandinavian country..and i would totally get a "ur a freak!" look if i were to wear those in the office..
hehe...sejuk sangat sampai part of my brain which controls foreigh languages beku seketika, so kena la tulis in bm ;p
tuela..hero=pahlawan tak? i cant think of a better word at that moment.
i haven't bought gloves. masa dtg, tak bwk gloves lama, tinggal, sbb masa tu tak sejuk, so skrg menyesal tak sudah... nasib my kdis ada gloves..:)
and yes, it would look kinda odd ka ofis, kat rumah takde org nmpk.. heheh. but belasah je, nanti kalau yg terseksa beku, bukan org lain tul tak?
sheri.. kat sana rumah takde heater ke??? dalam rumah pun kesejukan? ke ibu muda ni memang tak tahan sejuk? tak cukup lemak kot? hehehe
maz, ehem - pemanas = heater = rosak (baru beli, tk penah pakai pun). teramatla kesejukan. kat luar tgh ribut, storm warning, takut sgt.... :(
penah bumbung rumah kt area willetton cabut tau..
times like this, there's nowhere better than home (malaysia)
"maz-ehem"??hahaha..lawak la pulak sheri nii??hahaha..
i pernah dulu kala masa kat adelaide ngn wellington sejuk babun ( tp still ada heater la kan... )..tp i mandi water heater then leh la tahan sket dpd sejuk mengigil..hehehe...
*trigt time g hols dulu2 mmg tak tahan sejukkkkkkkkk....mata asik melilau cari heater...abes bulu kaki terhakis..:p
nisa,
dulu masa holiday kat perth tak rasa pulak sejuk (heater hotel panas gile, kitorg dlm bilik mcm separuh bogel sbb kepanasan). hahaha.. takut sgt ribut kuat2 nih..serious.
mandi water heater mmg best, air panas, tapi yg tak tahan bile kuar, menggigil.. haha. memang betul la ckp maz, ibu muda mmg tak tahan sejuk (sejak gelar makcik ni, terus lekat jadi ibu muda)..hehe
alahai, ciannyer ibu muda ni.
saya sarankan anda berlari keliling rumah 2 kali setiap kali mula rasa sejuk.
Esok pergi kedai beli pemanas yang baru (dan yg ada warranty).
Sheri..kelaka la pulak baca blog ni dlm BM..tapi well done, bahasa mu lagi dahsyat dari kami kat sini.. .hihihi.. .Sejuk sangat kat sana yer? ayoo..malaysia skrang ni panas sangat la pulak..selalu harap salji turun..tapi kena bersyukur la lps ni..sbb takut tak tahan la pulak sejuknya kalau betul-betul jadi. Anyway, take care yer..hopefully cuaca pun makin ok and u will have a better heater.
che yah,
pemanas sudah lama rosak tetapi sang suami asyik lupa mahu hantar ke bengkel pembaikan pemanas, kerana pada ketika itu belum sejuk lagi. nah, amik kanda! ;p (heheh)
perlu ke lari keliling rumah? pastinya ada 3 bayang - bayang yang mengekori diri ini..;p
iya, hari ini akan kuusulkan pembelian heater baru, terima kasih atas sokongan saudari :)
fad,
dah kutip mother's day award belum? kat malaysia panas eh? terbalik la perth, sebab dia kan down under, terbalik dari semua orang kat dunia... tuela, hari ni beli heater lain sementara heater dulu gi repair... thanks for the warm thoughts :)
Alamak....is it THAT cold there? Smlm tgk Asha Gill dalam Discovery Channel di Melbourne and dia pakai baju ntah berapa lapis. I thought Perth punya sejuk cuma sejuk-sejuk kuku aje, aiseyman...
Sheri please give suggestion on what to wear in Perth, kena review balik clothing options ni. Is trench coat practical or OTT? Sweater? Gua pun tak berapa tahan sejuk ni....
nida,
entah, kat sini the weather is rather erratic. jap sejuk gile sampai 6 degrees, jap lagi 20 plus, so u better bring whatever la, sweater, jacket, coat, etc. i siap beli gloves smpi 3..! sekali skrg not that cold, tak pakai dah.. hehe. dlm satu hari the weather can drastically change.
mcm i kalau keluar, pakai cardigan and maybe a sweater, if it gets super cold, i'll wear the coat. the thing is, the wind can get very cold. takpela berat sket beg, kalau tak pakai proper attire, takut sakit. byk org dah sakit dah kat sini....
wow cepatnya reply. thanks! itula i pun tak berapa sure nak pack apa, food takleh masuk langsung into Oz kan? taklehla bawak maggi uhuk.... might be staying at esplanade hotel and heard the market there is also good? aiming for souvenirs and coffee for hubby. any other shopping suggestion?
nida,
inilah kalau student PhD yang takde keje (supervisor cuti tapi tadi dah dpt mail ckp dia dah balik!). boleh la food masuk Oz, cuma kena declare, lalu dekat the declare area, and make sure packaging dia elok. and redha jela, kalau mana yg dia rasa nak buang, dia buang jela. tgk nasib je..hehe. inconsistent. hotel ni mcm familiar la, rasa mcm penah dok dulu. anyway, jgn lupa gi harbour town, shopping area, and dkt area city tu itself byk souvenir shops, tak sure harbour town lg murah ke tak kalau bab2 souvenir nih. u can just walk from your hotel :). bile dtg? nanti gitau laaaa the exact date ye :)
Post a Comment